Monday 17 October 2016

Susu Badan Semakin Kurang Apa perlu Saya Lakukan?



Dalam tempoh tertentu, setiap ibu yang melahirkan bayi kan melalui satu fasa keraguan adakah bekalan susu ibu mencukupi atau pun tidak.

Ramai ibu-ibu apabila ditanya mengapa tidak menyusukan anak atau memberi susu dalam tempoh tertentu sahaja, mereka mengatakan bahawa " Bekalan susu saya tidak mencukupi, sebab itulah saya memberi susu formula". Munurut sebilangan pakar, tempoh kekurangan susu sebenarnya hampir jarang berlaku dengan program penyusuan yang betul.

Sebenarnya sangkaan ibu tentang kekurangan jumlah bekalan susu adalah sangkaan yang tidak benar. Kekurangan susu mungkin akan berlaku jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Segala tanda-tanda diatas sebenarnya adalah satu perkara biasa yang menunjukkan bahawa badan ibu sudahpun menyesuaikan diri dengan aktiviti penyusuan bersama bayi. Apabila bayi semakin membesar, dia memerlukan lebih banyak susu. Jadi produksi susu yang normal akan membuatkan ibu merasa yang susu ibu semakin sedikit, walhal bayi tadi yang menyusu lebih kerana semakin membesar. Sesetengah bayi ada juga yang cepat waktu menyusu, ada yang rileks dan tenang sewaktu menyusu sebab itu lah ada tempoh ibu merasa susu sedikit ada yang banyak.

Mengikut kajian pakar, hanya kira-kira 2 peratus sahaja kes ibu yangmengalami masalah menghasilkan susu diatas sebab-sebab fizikal. Jadi jika ibu-ibu yang cuba menyusukan bayi, mengalamai kekurangan susu tiba-tiba ia mungkin kerana ibu dapat menghasilkan susu ketahap yang maksimum.

Sekiranya ibu memahami proses penyusuan, inshaAllah ibu akan dapat mengatasi masalah ini.

Artikel ini bersambung esok untuk "apakah punca kekurangan susu?"



Kurang susu? Dapatlkan Milkbooster disini