Dengan menggunakan laman web ini ("Laman Web KedaiVitaminKL"), maka anda,
pengguna atau pengedar mengikut mana yang berkenaan, ("anda") bersetuju
untuk terikat dengan versi semasa syarat-syarat penggunaan yang
dinyatakan di sini.
Maklumat dan perkhidmatan yang
diterbitkan di Laman Web KedaiVitaminKL mungkin mengandungi kesilapan tipografi
atau ketidaktepatan teknikal. Maklumat boleh diubah atau dikemaskini
tanpa notis. KedaiVitaminKL juga boleh membuat pembaikan di dalam
dan/atau perubahan kepada maklumat yang dinyatakan di dalam Laman Web KedaiVitaminKL pada bila- bila masa tanpa sebarang notis. KedaiVitaminKL tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketiadaan maklumat
di dalam Laman Web KedaiVitaminKL atau mana-mana laman web yang mungkin
dirujuk di dalam atau dikaitkan dengan mana-mana Laman Web KedaiVitaminKL. KedaiVitaminKL tidak akan meneliti kesemua laman web yang mempunyai
pautan dengan setiap Laman Web KedaiVitaminKL dan tidak bertanggungjawab ke
atas kandungan mana-mana Laman Web tersebut. Oleh itu, KedaiVitaminKL tidak membuat sebarang penyataan mengenai apa jua kandungan
laman-laman web berkaitan. Hakikat bahawa KedaiVitaminKL menyediakan pautan ke laman-laman web itu tidak boleh dianggap sebagai
pengesahan , persetujuan, penajaan atau penggabungan oleh KedaiVitaminKL dengan laman web tersebut, pemiliknya atau para pembekalnya. KedaiVitaminKL menyediakan pautan itu hanya sebagai kemudahan
untuk anda.
MAKLUMAT MENGENAI LAMAN WEB KEDAIVITAMINKL DISEDIAKAN “SEPERTI ADANYA” TANPA SEBARANG BENTUK JAMINAN SAMA ADA YANG
TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN
TERSIRAT MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU,
PELANGGARAN HAK ATAU GELARAN. KEDAIVITAMINKL TIDAK MEMBUAT SEBARANG
PERWAKILAN ATAU JAMINAN MENGENAI KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KETEPATAN
WAKTU ATAU KESEMPURNAAN SEBARANG BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM ATAU YANG
BOLEH DIAKSES MELALUI LAMAN WEB KEDAIVITAMINKL SEBARANG RISIKO BERIKUTAN
KEBERGANTUNGAN PADA ATAU PENGGUNAAN BAHAN SEDEMIKIAN ADALAH DI BAWAH
TANGGUNGAN ANDA SEPENUHNYA.
KEDAIVITAMINKL TIDAK MEMBUAT SEBARANG
PERWAKILAN ATAU JAMINAN BAHAWA LAMAN WEB KEDAIVITAMINKL AKAN TERSEDIA PADA
SESUATU TEMPOH TERTENTU ATAU TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU TIDAK MENGANDUNGI
SEBARANG KESILAPAN; BAHAWA KESALAHAN AKAN DIBETULKAN; ATAU BAHAWA LAMAN
WEB KEDAIVITAMINKL ATAU PELAYAN YANG MENJADI HOS LAMAN WEB SEDEMIKIAN ADALAH
BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN. KEDAIVITAMINKL TIDAK AKAN MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI UNTUK APA-APA
KEROSAKAN SEKALIPUN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG JENIS
KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SUSULAN, PUNITIF, ATAU SAMPINGAN;
KERUGIAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PROGRAM ATAU DATA LAIN ATAU SEBALIKNYA,
SAMA ADA DISEBABKAN OLEH KONTRAK ATAU TORT, YANG TERJADI SUSULAN
DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK
MENGGUNAKAN LAMAN KEDAIVITAMINKL; ATAU PENGGUNAAN, KEBERGANTUNGAN KEPADA
ATAU PRESTASI MANA-MANA BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM ATAU YANG BOLEH
DIAKSES DARI LAMAN WEB KEDAIVITAMINKL, WALAUPUN KEDAIVITAMINKL TELAH
DINASIHATKAN DENGAN JELAS MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN
SEDEMIKIAN.
Bidang Kuasa
Bahan-bahan di dalam Laman Web KedaiVitaminKL dipersembahkan semata-mata bagi tujuan mempromosikan produk
Shaklee yang terdapat di pasaran Amerika Syarikat. PRODUK YANG
DIPROMOSIKAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK DIJUAL DI
LUAR AMERIKA SYARIKAT. JIKA ANDA IALAH WARGA MANA-MANA NEGARA SELAIN
AMERIKA SYARIKAT, DAN ANDA INGIN MEMBELI PRODUK YANG DIPROMOSIKAN DI
DALAM KEDAIVITAMINKL, ANDA HENDAKLAH MENGHUBUNGI ADMIN DITALIAN 019-255 9377 UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN KETERSEDIAAN PRODUK
SHAKLEE DI NEGARA ANDA. Shaklee Corporation tidak bertanggungjawab dan membuat sebarang
perwakilan bahawa bahan-bahan yang terkandung di dalam Laman Web KedaiVitaminKL mematuhi undang-undang mengikut bidang kuasa Shaklee di luar negara Amerika
Syarikat. Mereka yang memilih untuk mengakses Laman Web KedaiVitaminKL boleh berbuat demikian mengikut
inisiatif sendiri dan bagi tujuan pemberitahuan sahaja. Terma dan syarat
yang terkandung di laman web utama Shaklee hendaklah ditadbir oleh undang-undang Negeri
California, tanpa mengira konflik prinsip undang-undangnya. Dengan ini,
anda mengaku untuk mematuhi bidang kuasa mahkamah Negeri California bagi
tujuan litigasi sebarang tuntutan mahkamah yang akan timbul disebabkan
atau yang berhubung dengan terma dan syarat ini.
Jualan Produk
- Anda perlu memastikan dan mengesahkan yang produk dan kuantiti dipesan, kaedah pembayaran, cara penghantaran dan alamat penghantaran yang dipilih oleh anda adalah betul mengikut pengesahan pesanan.
- Semasa mengesahkan pesanan, anda membuat bayaran penuh dan menyimpan bukti pembayaran dan menhantar bukti bayaran kpada Admin melalui Aplikasi WhatsApp di talian 019-255 9377.
- Anda bersetuju untuk membayar caj pengendalian RM10 (Semenanjung Malaysia) atau RM20 (Sabah & Sarawak) jika jumlah pesanan anda kurang daripada masing-masing, RM800 dan RM1,000, dan anda tahu yang caj pengendalian tidak akan dikenakan jika pesanan anda terdiri daripada Vivix.
- Selepas anda mengesahkan pesanan, anda bersetuju bahawa pesanan ini tidak boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
- Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:Jikaanda mengemukakan pesanan anda akan dihantar kepada anda seperti berikut :
- Daerah tempatan dan kota raya – 4-5 hari bekerja dari masa pesanan
- Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawk – 7-10 hari bekerja dari masa pesanan
- Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier, pastikan anda memeriksa dan memastikan produk dan kuantiti yang dihantar adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Admin dalam masa 48 jam sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas itu tidak akan dilayan.
- Pesanan yang dihantar menerusi online tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang dihantar kepada anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.
Polisi Pemulangan Produk – Produk Rosak
- Produk HANYA dibenar untuk dipulangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: -
- isu Kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh Syarikat, ATAU
- Produk yang rosak (seperti kemek, bocor, pecah dan sebagainya) semasa proses penghantaran , di mana ia perlu dilaporkan kepada Admin dalam 3 hari waktu bekerja dari tarikh resit, kecuali
- Kecacatan produk yang disebakan oleh kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak baik oleh pelanggan
- Poduk yang tamat tempoh..
- Produk yang dikembalikan mestilah dalam bungkusan asal dengan kandungannya tidak kurang daripada 80% daripada bungkusan asal.
- Shaklee hanya akan menerima kembali produk yang telah dibeli dalalm tempoh 60 hari dari tarikh pembelian. Semua pemulangan produk mestilah disertakan dengan inbois atau slip bungkusan lengkap dengan borang pertukaran/pemulangan produk dengan maklumat berikut:
- Sebab pertukaran
- Deskripsi barang, kuantiti, nombor lot
- Nilai harga produk yang dikembalikan
- Nama, alamat dan nombor telefon untuk menghubungi pelanggan
- Tarikh produk dikembalikan
- Pemulangan wang tunai TIDAK dibenar.
Jika anda tidak bersetuju dengan syarat di atas, sila klik Butang Pangkah di "Browser", dan dengan berbuat demikian, anda akan keluar dari melayari laman web KEDAIVITAMINKL dan tidak melengkapkan
transaksi dalam talian ini.