Set Berpantang dan Menyusu Lengkap

Program "Breastfeeding" Terbaik untuk Ibu dan "Milkbooster" untuk Bayi.

Set Collagen Powder

Nampak Lebih Mudah Remaja - Mengurangkan Kedutan dan Liang Roma.

Sumber Tenaga dan Kalsium

Mengubati Migraine dan Membekalkan Tenaga untuk Program Kurus yang Mudah.

Ramai Telah HAMIL Dengan Shaklee

Ingin Cepat Hamil? Sertai Program Kesuburan Shaklee Selamat dan Natural.

Vitamin C Terbaik

Anti oksidan semulajadi untuk tubuh penting untuk tulang, gusi dan gigi.

Showing posts with label Set Subur. Show all posts
Showing posts with label Set Subur. Show all posts

Tuesday 27 December 2016

Promosi Vivix pada Januari 2017

Assalamualaikum wbt..

Ok..dah excited sangat malam ni, tak sabar dah, tak leh tunggu esok pon..nak announce jugak malam2 ni..hehe..next month Shaklee buat sales VIVIX uolls...si tonik ajaib yang tinggi kandungan anti oksidan nye, sesuai untuk orang yang ade masalah jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, kesuburan dan macam-macam lagi lah.. banyak sangat fungsi dia Nadia nak cerita..

Sape yang nak tahu ape Vivix ni mampu buat untuk diri uolls boleh PM atau Whatsapp ke talian pantas nadia 016-2770353.

InshaaAllah Nadia akan explain kat uoolss benefit Vivix dan share testimonial user yang dah baik bila consume si Vivix ni.



Thursday 10 November 2016

Mudah Hamil Dengan Ikhtiar Terakhir Pasangan



Anak yang soleh dan solehah itu penyeri rumah tangga. Siapa yang tidak berasa sedih jika dah berbulan atau bertahun mencuba tapi masih lagi belum dapat tanda-tanda untuk hamil. Ada pasangan yang mudah hamil, tapi ramaaaiii yang kata untuk hamil tidak semuah itu.

Percayalah rezeki Allah itu amat luas dan ia telah tertulis untuk kita sejak dahulu lagi. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok, atau mungkin juga tahun depan Allah dengan kasih sayangnya menganugerahkan kita seorang anak.

Oleh sebab itu jangan lah berkecil hati saudara-saudari, dan jangan pula merasa rendah diri kerana perancangan Allah lah yang terbaik untuk kita. Allah punyai rancangan yang lebih baik untuk kita.

Asas kepada amalan dan doa yang mudah makbul adalah keikhlasan.

Doa mesti, ikhtiar pun perlu. Malah dengan doa menjadikan kita seorang hamba yang berserah diri kepada yang maha berkuasa. Sudah semestinya doa perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikhtiar. Ini antara amalan untuk Mudah Hamil secara Islam yang boleh kita amalkan.

Letakkan Niat yang baik untuk hamil
Berkemungkinan kita belum bersedia. Allah lebih tahu akan hambanya, mungkin disinilah Allah uji kita agar lebih bersedia. Mungkin juga dengan ujian ini, sebagai satu cara agar kita dapat dekat dengan Allah. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Amalan Berdoa
Ia adalah satu cara yang "direct" kita memohon pada yang maha pencipta. Bacalah doa nabi ibrahim ini apabil selesai solat. Suatu kisah didalam al-quran tentang Sarah, iaitu isteri Nabi Ibrahim adalah seorang yang mandul dan usianya juga sudah tua. Berkat doa ini, Nabi Ibrahim a.s. dianugerahi seorang anak Ishak a.s. (dari Sarah), dan Ismail a.s. (dari Hajar).

Doanya adalah ;
Ertinya :
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. – As-Shaffat: 100

Selain dari doa Nabi Ibrahim diatas, sila lah amalkan doa dari surah al furqan.

Doanya adalah :
Ertinya :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
– Al-Furqan: 74

Lakukan Solat Hajat
Apabila kita mengharapkan Allah untuk memakbulkan doa, tiada lah yang lebih baik dari solat memohon hajat kepada Allah. Lakukan solat ini sekerap yang mungkin. Jika mampu buatlah setiap malam. Jika tidak seminggu sekali paling-paling pun sekali sebulan.

Tuliskan diatas kertas permintaan, rancang permintaan kita dengan Allah. Doa dalam bahasa melayu akan membuatkan kita lebih rasa keikhlasannya.

Rancang doa yang baik didalam solat hajat, sebagai contoh memohon kepada Allah agar Allah menganugerahkan zuriat yag soleh. Tidak salah jika kita sekali lagi berjanji dengan Allah untuk menjaga dan mendidik anak yang bakal lahir nanti menjadi pejuang islam, yang akan mendahulukan agama lebih dari isi dunia.. dan kita berjanji dengan Allah untuk melengkapkan anak-anak ini dengan ilmu agama yang secukupnya. Mintalah apa-apa yang baik untuk anak ini moga-moga setiap doa kita di makbulkan oleh Allah yang maha kaya.

Bersedekah
Salah satu usaha yang boleh diusahakan adalah dengan memperbanyakkan sedekah. Bersedekah ini bermaksud dengan memberi makan kepada orang yang layak. Salah satu caranya adalah dengan IBADAH KORBAN. Ikut kepada kemampuan, jika anda mampu sebahagian atau seekor tiada halangan. Bukan kecil atau besar binatang korban itu yang menjadi sebab. TETAPI yang paling penting ibadah korban itu mendapat keredhaan Allah. Contohilah korban habil berbanding qabil melalui peristiwa korban yang tercatat di dalam Al-quran.

Ikhtiar Terakhir
Sebagai insan yang lemah dan berharap akan redha dan rahmat Allah, apakah ikhtiar terakhir yang kita ada? 

Orang kata, biar 90% doa, tapi usaha 10%. Dengan cara ini, kita meletakkan Allah dahulu berbanding usaha. Sememangnya tiada daya dan kekuatan melainkan dari kekuasaan Allah. 

Apabila doa kita telah first class..

Usaha atau ikhtiar juga mesti lah first class.

Dibawah ini adalah satu testimoni fresh dari seorang pengguna yang menggunakan GLA dan Vita-lea sebagai asbab beliau untuk hamil. Alhamdulillah ikuti Whatsapp Chat beliau dibawah.



Apakah GLA?
GLA adalah singkatan daripada perkataan Gamma Linolenic acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6.

Apakah Vita-Lea?
Ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

GLA dan Vita-lea sudah berabad terbukti berkesan membantu kecantikan kulit dan kestabilan hormon. 

Ia membantu dalam menangani hal:
  • Kesuburan/ sukar hamil 
  • Simptom senggugut 
  • Mengekalkan pertumbuhan, 
  • Mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral 
  • Pembinaan tisu
  • Horman tidak stabil 
Itulah serba sedikit set kehamilan mudah yang Nadia ingin kongsikan hari ini. Apabila kita telah berdoa dan berusaha dengan pelbagai cara, tibalah saatnya kita menyerahkan diri ini sepenuhnya kepada Allah S.w.t dan mengharap rahmatnya sentiasa berada disisi kita. 

Nadia doakan semoga setiap tips yang dikongsikan ini dapat di manfaatkan oleh pembaca semua. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan mohonlah kasih sayang dari Allah semata-mata.

"Ya Allah, kurniakanlah zuriat soleh dan solehah kepada kami yang berusaha ini ya Allah. Kabulkan permintaan mereka, murahkan rezeki mereka ya Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan bantuan dan pertolongan dari Allah." Aamiin Ya Rabbal Alamiinn.

Pada rakan-rakan yang nak berusaha untuk hamil, Nadia cadangkan set kesuburan Shaklee untuk mudah hamil.  InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang Nadia ada, Nadia akan cuba memberikan nasihat dan bantuan sehingga anda berjaya hami. Amiin




Friday 21 October 2016

Berapa Lama Proses Terjadinya Kehamilan Setelah Berhubungan Intim



Untuk pasangan yang baru sahaja berumah tangga, sudah pasti detik kehamilan menjadi impian yang paling dinantikan. Oleh itu... bakal ibu semua, ilmu kehamilan sangat-sangaaat penting bagi pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. 

Dengan usaha yang tepat akan membawa kepada kejayaan yang di inginkan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk berhubungan intim?

Selain dari menggunakan set kesuburan yang Nadia cadangkan, untuk hamil setiap pasangan semestinya perlu tahu bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan intim. Kerana pada waktu subur inilah peluang untuk hamil lebih tinggi.

Dari pemahaman Nadia tentang tempoh kesuburan, waktu subur wanita ialah pada waktu pengovulan iaitu pada 6 atau 7 hari selepas haid. Ini merupakan hari yang paling subur dalam kitaran haid wanita. Pengovulan ialah hari di mana ovum dikeluarkan dari ovari. Jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh ini, ovum ini akan keluar bersama darah haid.

Ovum mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 1-2 hari sahaja. Jadi jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat singkat. Oleh itu, sperma dicipta dengan kelebihan yang lain iaitu ia boleh bertahan selama 3-5 hari, jadi perhubungan yang di adakan pada hari kesembilan dari hari pertama haid juga boleh untuk membuatkan isteri hamil.

Apabila Nadia menerangkan kesesuaian set kesuburan pada pengguna, Nadia akan recommend set kesuburan mengikut keperluan pasangan. Tapi, bagi pasangan yang mempunyai bajet rendah, selalunya Nadia akan beri pilihan antara beberapa set penting untuk percubaan.

Biasanya bakal ibu akan mendapati diri kurang bertenaga, mual, demam dan tiada selera makan dalam tempoh sebulan selepas berhubungan intim.. Tanda kehamilan yang ketara apabila haid tidak datang pada waktu yang sepatutnyaaa...

Kemungkinan besar, simptom diatas adalah tanda-tanda awak telah hamil. Jadi cari lah UPT test... Boleh di buat di rumah atau klinik.

InshaaAllah dengan usaha dan ilmu yang betul.. Nadia doakan agar semua bakal ibu yang membaca artikel ini di murahkan rezeki anak yang soleh dan solehah.


Tuesday 18 October 2016

Vivix Sebagai Vitamin Kesuburan Alternatif

Enty kali ni Nadia nak share tetang Vivix yang mampu untuk meningkatkan peluang pasangan untuk mendapatkan zuriat. Seperti sedia maklum, Shaklee sememangnya mempunyai set kesuburan yang lengkap seperti Alfalfa, GLA-Complex, ESP, Vitamin E dan Zinc Complex.

Antara punca masalah kesuburan mungkin akibat dari tabiat pemakanan yan tidak seimbang, persekitaran yang tercemar, tekanan sosial dan sebagainya. Vivix merupakan suplemen anti-oksidan terbaik. Vivix Shaklee sememangnya unik kerana ia mempunyai satu mekanisma yang mampu memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal dari terus bercambah.

"Vivix bertindak sebagai pembina dan penyembuh sel  dari peringkat Asid Deoksiribonukleik atau dikenali sebagai DNA badan seseorang".
Dengan kata mudah, apabila kita mengambil Vivix ia akan memperbaharui segala sel, kromosom dan gen yang rosak dan memperbaharui sekaligus menyembuhkan tubuh yang mengalami kemerosotan kesihatan.

Apabila ia mampu memperbaiki sel, sudah tentu Vivix boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kronik moden hari ini. Yang terkini Vivix juga boleh membantu pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Satu fakta yang menarik untuk Nadia kongsikan adalah, Vivix ni mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi. Vivix bertindak sebagai anti-oksidan yang hebat bagi melindungi sel-sel badan kita daripada rosak. Selain dari itu, resveratrol berfungsi melindungi 'ovum' daripada musnah atau rosak. Jadi, peluang untuk telur yang sihat itu tadi untuk membesar, matang dan seterusnya disenyawakan adalah lebih tinggi.

Oleh kerana sifat Vivix yang cemenrlang itu, Vivix kini dijadikan satu kaedah kesuburan wanita dan lelaki dengan meningkatkan kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan secara tidak langsung juga, ia meningkatkan peluang persenyawaan. Jom kita tengok antara testimoni mereka yang telah berjaya:


Monday 17 October 2016

Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku?


Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu di mana ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vagina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke tiub fallopian (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.

Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada di antaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.

Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).
Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.
Di entri kali ini, admin akan memberikan sedikit panduan bagaimana proses kehamilan berlaku dari minggu ke minggu

Minggu 1 :
Minggu ini sebenarnya masih dalam tempoh waktu menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Sebab tarikh perkiraan kelahiran bayi dihitung berdasarkan hari pertama bagi haid yang terakhir anda.
Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahawa telah ada janin atau ‘calon bayi’ dalam rahim. Saat ini janin sudah memiliki segala bekal genetik, sebuah kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang diperlukan hanyalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen. Sel-sel telur yang berada di dalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yang mengelilingi matahari. Sel ini akan bertemu dengan sel-sel sperma dan memulakan proses pembuahan/ persenyawaan.


5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka iaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya

1 sel sahaja yang berjaya menembusi telur.


Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-hentinya berusaha secara tekun menerobos dinding telur.




Minggu ke-2 :

Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopio menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula. Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.

Minggu 3:
Sampai usia kehamilan 3 minggu, anda mungkin belum sedar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.

Minggu ke-4 :
Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin – HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif. Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).



Minggu ke-5 :
Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas
yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.





Minggu ke-6 :
Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga punggung. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum bisa mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai nampak.





Minggu ke-7 :
Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibahagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru.





Minggu ke 8 :
Panjang kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda boleh melihat , hujung hidung dan kelopak mata mulai berkembang, begitu pula telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan tenggorokan, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah pembuahan. Bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna.


Minggu ke-9 :
Telinga bahagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.






Minggu ke-10 :
Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap minit. Ia mulai nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.



Minggu ke-11 :
Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik
 rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah keadaan bayi yang sebigini akan mengakibatkan si ibu kerap terasa sakit akan tetapi sedikit sebanyak memberi rasa sensasi kebahagiaan tersendiri.


Minggu ke-12 :
Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin boleh jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram. Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.
Minggu ke-13 :
Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan sampah bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Janin mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram. Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.

Minggu ke-14 :
Tiga bulan setelah pembuahan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju panggul.
Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal kerana belum ada lapisan lemak.

Minggu ke-15 :
Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi anda perempuan, ovarium mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm. Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup.


Minggu ke-16 :
Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Janin mulai bergerak ! Tetapi tak perlu kuatir jika anda tak merasakannya. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi seiring dengan perkembangan kerangka. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram.

Minggu ke-17 :
Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjaga suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari jumlah keselurhan berat badannya. Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk.

Minggu ke-18 :
Pada minggu ini, anda boleh dan digalakkan untuk berbual bicara dengan bayi. Bernyanyi dan bersenandung juga digalakkan. Bagi muslim adalah lebih afdal diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini kerana janin sudah boleh mendengar pada minggu ini. Ia pun boleh terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter/scanner yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.

Minggu ke-19 :
Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik kerana ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.

Minggu ke-20 :
Setengah perjalanan telah dilalui. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. Kuku tumbuh pada minggu ini. Proses penyempurnaan paru-paru dan sistem pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat.

Minggu ke-21 :
Usus bayi telah cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cairan lalu dilanjutkan melalui sistem pencernaan manuju usus besar. Gerakan bayi semakin pelan kerana beratnya sudah
340 gram dan panjangnya 20 cm.

Minggu ke-22 :
Panca Indera yang akan digunakan bayi untuk belajar berkembang setiap hari. Setiap minggu, wajahnya semakin mirip seperti saat dilahirkan. Perbandingan kepala dan tubuh semakin proporsional.

Minggu ke-23 :

Meski lemak semakin bertambah di dalam tubuh bayi, kulitnya masih kendur sehingga nampak kerepot. Ini kerana produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia memiliki kebiasaaan “berolahraga”, menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram
Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.

Minggu ke-24 :
Paru-paru mulai mengambil oksigen meski bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang menjaga kantung udara tetap mengembang . Kulit bayi mulai menebal.
Minggu ke-25 :
Bayi cegukan, apakah Anda merasakannya? Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan cegukan.
Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indera penciuman bayi sudah semakin membaik karena di minggu ini bagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.

Minggu ke-26 :
Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, si ibu boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin si ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan tingginya 35-38 cm.

Minggu ke-27 :
Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih harus dimatangkan. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85% untuk bertahan. Panca Indera perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat umum bayi adalah 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.

Minggu ke-28 :
Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan rambutnya terus tumbuh lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar boleh dapat bertahan hidup.

Minggu ke-29 :
Kelenjar adrenalin bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui). Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah boleh mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.

Minggu ke-30 :
Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. Kerana ia semakin besar, gerakannya semakin terasa Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Saat ini waktu yang terbaik bagi si ibu untuk menggerak-gerakan senter tersebut maka mata bayi sudah boleh mengikuti ke arah mana senter tersebut bersinar. Cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim si ibu juga semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.

Minggu ke-31 :
Plasenta masih memberikan nutrisi yang dibutuhkan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di dalam air ketuban Perkembangan fisik bayi sudah mulai melambat pada fase ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Berkebalikan dengan
perkembangan fisiknya, pada fase ini perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm.

Minggu ke-32 :
Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai gugur tetapi sebahagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini. Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mula boleh bermimpi.

Minggu ke-33 :
Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mula boleh berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.

Minggu ke-34 :
Bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh si ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah si ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rinci pada saat bunda mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.

Minggu ke-35
Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim si ibu. Apabila bayi laki-laki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.

Minggu ke-36 :
Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah memproduksi kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah siap bertemu dengan si ayah dan si ibu. Berat badan bayi 2400-2450 gram, dengan tinggi badan 47-48 cm.

Minggu ke-37 :
Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. Berat badan bayi di minggu ini 2700-2800 gram, dengan tinggi 48-49 cm.

Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 :

Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan


Sumber: https://wannuraterapi.wordpress.com/2014/08/22/anda-tahu-bagaimana-proses-kehamilan-berlaku/





Thursday 13 October 2016

Set Kesuburan Lengkap




Assalamualaikum..

Di sini Nadia nak ceritakan kandungan dalam set kehamilan Lengkap shaklee secara terperinci.

Set kehamilan ini terdiri daripada ESP, Vita-lea, B-Complex, Vitamin C,  Ostematrix dan Omega Guard.
  • Protein (Energy Soy Protein) ~Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Esp juga memberikan ibu tenaga terutama bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
  • Multivitamin(Vita-lea) ~mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ia lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
  •  B Complex ~Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
  • Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan dilepaskan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
  • Kalsium(Ostematrik) ~Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
   
  • Omega Guard ~Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal bentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.



Ini adalah merupakan set lengkap kehamilan. Walaubagaimanapun,  bagi ibu hamil yang mempunyai kekangan bajet, kami akan cadangkan kepada anda item yang penting berdasarkan masalah anda ketika hamil.

Jadi, bagi yang berminat untuk mengetahui apa yang penting untuk anda sesuai dengan bajet anda, hubungi Nadia di 016-2770353 untuk konsultasi lanjut.

Nadia juga akan memberikan konsultasi percuma kepada anda mengenai cara pengambilan terbaik supplemen ini bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Your trusted SID,
Nadia
016-2770353



Wednesday 5 October 2016

12 Tips Meningkatkan Peluang Wanita Sihat untuk Mudah Hamil

Hamil merupakan sesuatu perkara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran cahaya mata menjadikan hidup berkeluarga lebih lengkap dan bahagia. Apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda-tanda positif, ia menjadi satu detik-detik istimewa pada setiap pasangan suami isteri.






Namun ada kalanya saat-saat bahagia diatas bukan dapat di kecapi oleh setiap pasangan, mengharapan agar si isteri menunjukkan tanda-tanda kehamilan menjadi penguji kesetiaan pasangan suami dan isteri. 

Setelah mencuba dengan pelbagai usaha mungkin ada pasangan suami isteri yang telah berputus asa dan sekaligus  mengalami tekanan untuk berhadapan dengan masyarakat. 

Ada ketikanya sebuah keluarga yang harmoni bertukar menjadi perang mulut dek kerana masing-masing mempertahankan diri dan menunding jari sesama sendiri. 


Ada beberapa sebab utama mengapa si isteri sukar untuk hamil antaranya, hormon isteri yang tidak stabil, keputihan dan pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan nasihat dan panduan dari pengamal perubatan di hospital. Namun ada kalanya juga berpunca dari jahilnya atau kurangnya pengetahuan tentang kehamilan.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan oleh oleh suami isteri agar cepat hamil:

1. Berdoa 
Kita hanya mampu berusaha dan merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukannya.






2. Periksa kondisi kesihatan suami dan isteri
Ini adalah untuk mengenalpasti jika terdapat masalah dari segi sistem reproduksi atau lain-lain penyakit yang boleh menghalang kehamilan terjadi. Sekiranya ada masalah, dapatkanlah rawatan yang sesuai. Jika kedua-dua suami dan isteri sihat, maka tip selanjutnya mungkin akan membantu anda.


3. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
Amalkan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Pastikan berat badan berada di dalam julat berat badan ideal kerana berat badan berlebihan atau kurang berat badan juga merupakan punca kepada sukar hamil bagi wanita. Berat badan yang tidak ideal juga mengurangkan pembentukan sperma bagi lelaki. Amalkan senaman dan olahraga serta pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan asid trans lemak yang banyak terkandung dalam makanan segera seperti KFC, McD, dan sebagainya.


4. Ketahui masa subur anda
Hormon Luteinizing akan meningkat sebaik sahaja sebelum ovulasi berlaku. Kenaikan hormon ini akan mendorong ovum keluar dari ovari dan menuju ke arah tiub fallopio untuk disenyawakan. Waktu ini dikatakan waktu subur kerana ovum bersedia untuk disenyawakan oleh sperma.  Ovum akan berada di dalam tiub fallopio selama 3-4 hari namun ovum paling baik untuk disenyawakan ketika dia berumur 2 hari di dalam tiun fallopio. Selepas 2 hari, ovum akan mati.




5. Ketahui dan hindari masalah-masalah kesuburan
Kajian mengatakan 40% masalah kesuburan terjadi kepada wanita, 40% akibat lelaki dan 30% berpunca dari kedua-duanya. 

6. Gunakan posisi ketika bersama yang tepat.
Pakar kesuburan berpendapat bahawa posisi suami di atas dan isteri di bawah memberikan peluang yang terbaik untuk hamil. Agar lebih efektif, isteri perlu mengalas punggung dengan bantal supaya dapat menampung sperma yang keluar dari alat kelamin suami. Setelah ejakulasi berlaku, isteri hendaklah mengekalkan posisi tadi selama 10-20 minit untuk memudahkan sperma meluncur laju ke arah ovum. Jangan terus bangun, mengiring atau mengalihkan bantal kerana semen yang mengandungi sperma akan mengalir keluar daripada alat kelamin isteri. 


7. Hadirkan suasana santai ketika bersama
Jangan terlalu stress dalam melakukan hubungan seksual. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan hamil daripada hubungan seksual tersebut. Anggaplah yang anda sedang berkasih sayang bersama pasangan anda.

8. Ketahui mengenai proses kehamilan
Untuk hamil, suami dan isteri perlu tahu bagaimana kehamilan boleh terjadi misalnya, berapa jumlah sperma yang normal, kondisi serviks ketika waktu subur, berapa lama sperma boleh hidup di dalam rahim dan sebagainya.


Sila klik di sini untuk tahu bagaimana terjadinya kehamilan

9. Kekerapan melakukam hubungan seks

Sekiranya anda melakukannya setiap hari, ini akan menyebabkan kualiti sperma menurun. Seeloknya, lakukan 2 hari sekali supaya sperma yang dihasilkan cukup matang untuk bersenyawa dengan ovum.

10. Mengambil supplemen/vitamin
Untuk hamil, pengambilan makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk kesuburan juga penting. Vitamin C misalnya dapat meningkatkan kualiti sperma. Vitamin D dan vitamin E dapat meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Wanita yang mengambil asid folik dikatakan lebih senang hamil berbanding yang tidak mengambil asid folik. Set Kesuburan Suami dan Isteri Shaklee mempunyai vitamin yang lengkap untuk meningkatkan kesuburan isteri dan suami.
set kesuburan shaklee
set kesuburan shaklee
Set Kesuburan Shaklee terbukti berkesan kerana telah ramai yang berjaya hamil setelah mengamalkan set ini.








Anda berminat? Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.