Namun ada
kalanya saat-saat bahagia diatas bukan dapat di kecapi oleh setiap pasangan, mengharapan agar si isteri menunjukkan tanda-tanda kehamilan menjadi penguji kesetiaan pasangan suami dan isteri.
Setelah mencuba dengan pelbagai usaha mungkin ada pasangan suami isteri yang telah berputus asa dan sekaligus mengalami tekanan untuk berhadapan dengan masyarakat.
Ada ketikanya sebuah keluarga yang harmoni bertukar menjadi perang mulut dek kerana masing-masing mempertahankan diri dan menunding jari sesama sendiri.
Ada beberapa sebab utama mengapa si isteri sukar untuk hamil antaranya, hormon isteri yang tidak stabil, keputihan dan pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan nasihat dan panduan dari pengamal perubatan di hospital. Namun ada kalanya juga berpunca dari jahilnya atau kurangnya pengetahuan tentang kehamilan.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan oleh oleh suami isteri agar cepat hamil:
1. Berdoa
Kita hanya mampu berusaha dan merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukannya.
2. Periksa kondisi kesihatan suami dan isteri
Ini adalah
untuk mengenalpasti jika terdapat masalah dari segi sistem reproduksi
atau lain-lain penyakit yang boleh menghalang kehamilan terjadi.
Sekiranya ada masalah, dapatkanlah rawatan yang sesuai. Jika kedua-dua
suami dan isteri sihat, maka tip selanjutnya mungkin akan membantu anda.
3. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
Amalkan cara
hidup yang sihat seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol.
Pastikan berat badan berada di dalam julat berat badan ideal kerana
berat badan berlebihan atau kurang berat badan juga merupakan punca
kepada sukar hamil bagi wanita. Berat badan yang tidak ideal juga
mengurangkan pembentukan sperma bagi lelaki. Amalkan senaman dan
olahraga serta pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan asid
trans lemak yang banyak terkandung dalam makanan segera seperti KFC,
McD, dan sebagainya.
4. Ketahui masa subur anda
Hormon
Luteinizing akan meningkat sebaik sahaja sebelum ovulasi berlaku.
Kenaikan hormon ini akan mendorong ovum keluar dari ovari dan menuju ke
arah tiub fallopio untuk disenyawakan. Waktu ini dikatakan waktu subur
kerana ovum bersedia untuk disenyawakan oleh sperma. Ovum akan berada
di dalam tiub fallopio selama 3-4 hari namun ovum paling baik untuk
disenyawakan ketika dia berumur 2 hari di dalam tiun fallopio. Selepas 2
hari, ovum akan mati.
5. Ketahui dan hindari masalah-masalah kesuburan
Kajian mengatakan 40% masalah kesuburan terjadi kepada wanita, 40% akibat lelaki dan 30% berpunca dari kedua-duanya.
6. Gunakan posisi ketika bersama yang tepat.
Pakar kesuburan
berpendapat bahawa posisi suami di atas dan isteri di bawah memberikan
peluang yang terbaik untuk hamil. Agar lebih efektif, isteri perlu
mengalas punggung dengan bantal supaya dapat menampung sperma yang
keluar dari alat kelamin suami. Setelah ejakulasi berlaku, isteri
hendaklah mengekalkan posisi tadi selama 10-20 minit untuk memudahkan
sperma meluncur laju ke arah ovum. Jangan terus bangun, mengiring atau
mengalihkan bantal kerana semen yang mengandungi sperma akan mengalir
keluar daripada alat kelamin isteri.
7. Hadirkan suasana santai ketika bersama
Jangan terlalu
stress dalam melakukan hubungan seksual. Jangan terlalu mengharap bahawa
anda akan hamil daripada hubungan seksual tersebut. Anggaplah yang anda
sedang berkasih sayang bersama pasangan anda.
8. Ketahui mengenai proses kehamilan
Untuk hamil,
suami dan isteri perlu tahu bagaimana kehamilan boleh terjadi misalnya,
berapa jumlah sperma yang normal, kondisi serviks ketika waktu subur,
berapa lama sperma boleh hidup di dalam rahim dan sebagainya.
Sila klik di sini untuk tahu bagaimana terjadinya kehamilan
9. Kekerapan melakukam hubungan seks
Sekiranya anda melakukannya setiap hari, ini akan menyebabkan kualiti sperma menurun. Seeloknya, lakukan 2 hari sekali supaya sperma yang dihasilkan cukup matang untuk bersenyawa dengan ovum.

10. Mengambil supplemen/vitamin
Untuk hamil,
pengambilan makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk
kesuburan juga penting. Vitamin C misalnya dapat meningkatkan kualiti
sperma. Vitamin D dan vitamin E dapat meningkatkan kesuburan suami dan
isteri. Wanita yang mengambil asid folik dikatakan lebih senang hamil
berbanding yang tidak mengambil asid folik. Set Kesuburan Suami dan
Isteri Shaklee mempunyai vitamin yang lengkap untuk meningkatkan
kesuburan isteri dan suami.
Set Kesuburan Shaklee terbukti berkesan kerana telah ramai yang berjaya hamil setelah mengamalkan set ini.