Friday 21 October 2016

Berapa Lama Proses Terjadinya Kehamilan Setelah Berhubungan Intim



Untuk pasangan yang baru sahaja berumah tangga, sudah pasti detik kehamilan menjadi impian yang paling dinantikan. Oleh itu... bakal ibu semua, ilmu kehamilan sangat-sangaaat penting bagi pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata. 

Dengan usaha yang tepat akan membawa kepada kejayaan yang di inginkan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk berhubungan intim?

Selain dari menggunakan set kesuburan yang Nadia cadangkan, untuk hamil setiap pasangan semestinya perlu tahu bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan intim. Kerana pada waktu subur inilah peluang untuk hamil lebih tinggi.

Dari pemahaman Nadia tentang tempoh kesuburan, waktu subur wanita ialah pada waktu pengovulan iaitu pada 6 atau 7 hari selepas haid. Ini merupakan hari yang paling subur dalam kitaran haid wanita. Pengovulan ialah hari di mana ovum dikeluarkan dari ovari. Jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh ini, ovum ini akan keluar bersama darah haid.

Ovum mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu 1-2 hari sahaja. Jadi jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat singkat. Oleh itu, sperma dicipta dengan kelebihan yang lain iaitu ia boleh bertahan selama 3-5 hari, jadi perhubungan yang di adakan pada hari kesembilan dari hari pertama haid juga boleh untuk membuatkan isteri hamil.

Apabila Nadia menerangkan kesesuaian set kesuburan pada pengguna, Nadia akan recommend set kesuburan mengikut keperluan pasangan. Tapi, bagi pasangan yang mempunyai bajet rendah, selalunya Nadia akan beri pilihan antara beberapa set penting untuk percubaan.

Biasanya bakal ibu akan mendapati diri kurang bertenaga, mual, demam dan tiada selera makan dalam tempoh sebulan selepas berhubungan intim.. Tanda kehamilan yang ketara apabila haid tidak datang pada waktu yang sepatutnyaaa...

Kemungkinan besar, simptom diatas adalah tanda-tanda awak telah hamil. Jadi cari lah UPT test... Boleh di buat di rumah atau klinik.

InshaaAllah dengan usaha dan ilmu yang betul.. Nadia doakan agar semua bakal ibu yang membaca artikel ini di murahkan rezeki anak yang soleh dan solehah.