Tips Cara Makan Vitamin Shaklee
1. Wanita hamil
memerlukan 27mg iron/ferrous fumarate/zat besi manakala wanita yang
tidak hamil memerlukan 18mg sehari. Jangan mengambil dos yang berlebihan
untuk mengelakkan pedih perut dan sembelit. 1 biji Vitalea mengandungi
18mg iron. So, maksimum boleh amik 2 biji je sehari.
2. Bagi
menggalakan penyerapan iron dengan lebih baik, elakkan pengambilan
antibiotic 2 jam sebelum atau selepas menelan pil supplemen yang
mengandungi iron. So, kalo nak makan vitalea, kena jarakkan 2 jam
sebelum atau selepas makan apa-apa antibiotic.
3. Makanan
seperti ikan, daging merah dan hati boleh mengganggu penyerapan iron.
So, Vitalea perlu diambil 1 jam sebelum atau 2 jam selepas mengambil
makanan seperti ini.
4. Elakkan
mengambil supplemen yang mengandungi iron bersama supplemen/makanan yang
mengandungi kalsium seperti susu, mentega, keju, antacid kerana ia
boleh mengganggu penyerapan iron. Ini bermakna, Vitalea tidak boleh
dimakan bersama pil supplemen kalsium contohnya ostematrix Shaklee. Kalo
nk amik, kena jarakkan 2 jam di antara supplemen.
Bila waktu yang terbaik untuk mengambil supplemen???
Menurut Karen Sullivan, penulis buku Vitamin & Minerals, An
Illustrated Guide, "Vitamin yang larut air seperti B-Complex dan Vitamin
C akan disingkirkan daripada badan dengan sangat cepat. Oleh itu,
pemecahan pengambilan dos kepada 3 bahagian selepas makan akan
memberikan peluang yang terbaik untuk vitamin-vitamin ini berada di
dalam badan."
"Sekiranya anda perlu mengambil vitamin sekaligus, sebaiknya ambil
selepas anda makan makanan yang paling berat pada hari itu. Ianya juga
penting untuk mengambil vitamin dan mineral bersama-sama kerana mineral
amat diperlukan untuk penyerapan vitamin"