Set Berpantang dan Menyusu Lengkap

Program "Breastfeeding" Terbaik untuk Ibu dan "Milkbooster" untuk Bayi.

Set Collagen Powder

Nampak Lebih Mudah Remaja - Mengurangkan Kedutan dan Liang Roma.

Sumber Tenaga dan Kalsium

Mengubati Migraine dan Membekalkan Tenaga untuk Program Kurus yang Mudah.

Ramai Telah HAMIL Dengan Shaklee

Ingin Cepat Hamil? Sertai Program Kesuburan Shaklee Selamat dan Natural.

Vitamin C Terbaik

Anti oksidan semulajadi untuk tubuh penting untuk tulang, gusi dan gigi.

Wednesday 12 October 2016

Kelebihan Set Menyusu Shaklee

Sebelum ini, nadia ada kongsikan beberapa cara untuk memperbanyakkan susu ibu.

Okay, sambungan artikel kali ini, nadia akan kongsi beberapa fakta penting tentang Set Menyusu Shaklee dan kena dia Awesome sangat!

Daripada bacaan Nadia melalui blog Master MariaFirdaus, seorang Pakar Sakit Puan iaitu Dr Hamid Arshat berkata, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.

Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
2) Sustained Release Vita-C
3) B-Complex
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
6) OmegaGuard (EPA & DHA)
7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)





 
Set lengkap untuk ibu bermula dari saat kehamilan, selepas bersalin dan semasa menyusu bayi

Sumber : MamaCergas.com

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C
 Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

3) B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium and Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA and DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. 

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. 

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin. 

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)
 Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.




Tuesday 11 October 2016

Omega Guard

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....

Tak kenal maka tak cinta! Tapi orang kampung saya kata bila dah kenal jadi mcm ni, "I love you, not from the bottom of my heart, but from the core of my soul". Hahaha. Bukan saya sahaja, tapi suami dan anak-anak saya memang sudah tangkap cintan dengan Omega Guard Shaklee ini. Belum habis lagi dah standby sebotol yang baru. Pergh! Apa yang bagus sangat Omega Shaklee ini? Jom kita baca!



omega guard shaklee minyak ikan terbaik


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee -DHA dan EPA


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


 Kanak-kanak


Aqil Harith dan Ayra Sofia

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

Kenapa saya beria-ia menyuruh uols beli Omega Guard Shaklee ini? Jom kita baca dan klik 



7 Sebab Kita Perlu Pilih Omega Guard Shaklee Berbanding Minyak Ikan Jenama Lain di Pasaran






Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 




Kredit : http://superbvitamin.blogspot.my/2013/02/kebaikan-dan-keistimewaan-omega-guard.html


Wednesday 5 October 2016

12 Tips Meningkatkan Peluang Wanita Sihat untuk Mudah Hamil

Hamil merupakan sesuatu perkara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran cahaya mata menjadikan hidup berkeluarga lebih lengkap dan bahagia. Apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda-tanda positif, ia menjadi satu detik-detik istimewa pada setiap pasangan suami isteri.






Namun ada kalanya saat-saat bahagia diatas bukan dapat di kecapi oleh setiap pasangan, mengharapan agar si isteri menunjukkan tanda-tanda kehamilan menjadi penguji kesetiaan pasangan suami dan isteri. 

Setelah mencuba dengan pelbagai usaha mungkin ada pasangan suami isteri yang telah berputus asa dan sekaligus  mengalami tekanan untuk berhadapan dengan masyarakat. 

Ada ketikanya sebuah keluarga yang harmoni bertukar menjadi perang mulut dek kerana masing-masing mempertahankan diri dan menunding jari sesama sendiri. 


Ada beberapa sebab utama mengapa si isteri sukar untuk hamil antaranya, hormon isteri yang tidak stabil, keputihan dan pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan nasihat dan panduan dari pengamal perubatan di hospital. Namun ada kalanya juga berpunca dari jahilnya atau kurangnya pengetahuan tentang kehamilan.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunakan oleh oleh suami isteri agar cepat hamil:

1. Berdoa 
Kita hanya mampu berusaha dan merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukannya.






2. Periksa kondisi kesihatan suami dan isteri
Ini adalah untuk mengenalpasti jika terdapat masalah dari segi sistem reproduksi atau lain-lain penyakit yang boleh menghalang kehamilan terjadi. Sekiranya ada masalah, dapatkanlah rawatan yang sesuai. Jika kedua-dua suami dan isteri sihat, maka tip selanjutnya mungkin akan membantu anda.


3. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
Amalkan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Pastikan berat badan berada di dalam julat berat badan ideal kerana berat badan berlebihan atau kurang berat badan juga merupakan punca kepada sukar hamil bagi wanita. Berat badan yang tidak ideal juga mengurangkan pembentukan sperma bagi lelaki. Amalkan senaman dan olahraga serta pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan asid trans lemak yang banyak terkandung dalam makanan segera seperti KFC, McD, dan sebagainya.


4. Ketahui masa subur anda
Hormon Luteinizing akan meningkat sebaik sahaja sebelum ovulasi berlaku. Kenaikan hormon ini akan mendorong ovum keluar dari ovari dan menuju ke arah tiub fallopio untuk disenyawakan. Waktu ini dikatakan waktu subur kerana ovum bersedia untuk disenyawakan oleh sperma.  Ovum akan berada di dalam tiub fallopio selama 3-4 hari namun ovum paling baik untuk disenyawakan ketika dia berumur 2 hari di dalam tiun fallopio. Selepas 2 hari, ovum akan mati.




5. Ketahui dan hindari masalah-masalah kesuburan
Kajian mengatakan 40% masalah kesuburan terjadi kepada wanita, 40% akibat lelaki dan 30% berpunca dari kedua-duanya. 

6. Gunakan posisi ketika bersama yang tepat.
Pakar kesuburan berpendapat bahawa posisi suami di atas dan isteri di bawah memberikan peluang yang terbaik untuk hamil. Agar lebih efektif, isteri perlu mengalas punggung dengan bantal supaya dapat menampung sperma yang keluar dari alat kelamin suami. Setelah ejakulasi berlaku, isteri hendaklah mengekalkan posisi tadi selama 10-20 minit untuk memudahkan sperma meluncur laju ke arah ovum. Jangan terus bangun, mengiring atau mengalihkan bantal kerana semen yang mengandungi sperma akan mengalir keluar daripada alat kelamin isteri. 


7. Hadirkan suasana santai ketika bersama
Jangan terlalu stress dalam melakukan hubungan seksual. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan hamil daripada hubungan seksual tersebut. Anggaplah yang anda sedang berkasih sayang bersama pasangan anda.

8. Ketahui mengenai proses kehamilan
Untuk hamil, suami dan isteri perlu tahu bagaimana kehamilan boleh terjadi misalnya, berapa jumlah sperma yang normal, kondisi serviks ketika waktu subur, berapa lama sperma boleh hidup di dalam rahim dan sebagainya.


Sila klik di sini untuk tahu bagaimana terjadinya kehamilan

9. Kekerapan melakukam hubungan seks

Sekiranya anda melakukannya setiap hari, ini akan menyebabkan kualiti sperma menurun. Seeloknya, lakukan 2 hari sekali supaya sperma yang dihasilkan cukup matang untuk bersenyawa dengan ovum.

10. Mengambil supplemen/vitamin
Untuk hamil, pengambilan makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan untuk kesuburan juga penting. Vitamin C misalnya dapat meningkatkan kualiti sperma. Vitamin D dan vitamin E dapat meningkatkan kesuburan suami dan isteri. Wanita yang mengambil asid folik dikatakan lebih senang hamil berbanding yang tidak mengambil asid folik. Set Kesuburan Suami dan Isteri Shaklee mempunyai vitamin yang lengkap untuk meningkatkan kesuburan isteri dan suami.
set kesuburan shaklee
set kesuburan shaklee
Set Kesuburan Shaklee terbukti berkesan kerana telah ramai yang berjaya hamil setelah mengamalkan set ini.








Anda berminat? Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.