Wednesday 17 August 2016

Energizing Soy Protein



         Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berasaskan  protein kacang soya.

Pengasingan protein pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini banyak ujian klinikal telah membuktikan  Dr Shaklee orang pertama yang mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

          ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein diiktiraf seluruh dunia sebagai produkl yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan daripada tumbuhan. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee hanya mengandungi kacang soya yang tidak diubah genetiknya, “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism), yang diproses pada tahap suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850 g (satu tin ESP Soy Protein Isolate Powder) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

          ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. la turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, Indeks Glisemik (G.I.) ESP Soy Protein Isolate Powder yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

          Satu hidangan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecah dengan lambat. Oleh itu, karbohidrat G.I. rendah hanya membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula yang tinggi. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

 
        Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama ESP Soy Protein Isolate Powder:

Awet Muda — Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk Hormon — kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

Baik Untuk Prostat — Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan DNA sel  kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit Remaja — Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen antipenuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenagea — Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan

Membaiki Pigmentasi — Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori — meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan tindak balas rangsangan.

Perlukah kita mengambil ESP sedangkan kita banyak memakan ikan, daging dan ayam?

       Sangat Perlu. Ini kerana protein mudah musnah jika terdedah pada suhu tinggi terutama semasa menggoreng, memanggang atau pelbagai cara masakan lain.  

        Selain itu, kita perlu meminum ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee kerana protein sebenarnya adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan klemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, terbantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

        Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

           Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

        Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). la memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Tips Minum ESP Soy Protein Isolate Powder:

           Pastikan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee tidak dibancuh dengan air panas / mendidih bagi mengelakkan protein musnah. Gunakan air sejuk berais atau sejuk biasa (suhu bilik). Lebih enak diminum jika dicampur dengan Meal Shakes atau Performance Drink. Dicadangkan untuk minum semasa perut kosong.