Set Berpantang dan Menyusu Lengkap

Program "Breastfeeding" Terbaik untuk Ibu dan "Milkbooster" untuk Bayi.

Set Collagen Powder

Nampak Lebih Mudah Remaja - Mengurangkan Kedutan dan Liang Roma.

Sumber Tenaga dan Kalsium

Mengubati Migraine dan Membekalkan Tenaga untuk Program Kurus yang Mudah.

Ramai Telah HAMIL Dengan Shaklee

Ingin Cepat Hamil? Sertai Program Kesuburan Shaklee Selamat dan Natural.

Vitamin C Terbaik

Anti oksidan semulajadi untuk tubuh penting untuk tulang, gusi dan gigi.

Wednesday 17 August 2016

Energizing Soy Protein



         Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berasaskan  protein kacang soya.

Pengasingan protein pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini banyak ujian klinikal telah membuktikan  Dr Shaklee orang pertama yang mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

          ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein diiktiraf seluruh dunia sebagai produkl yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan daripada tumbuhan. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee hanya mengandungi kacang soya yang tidak diubah genetiknya, “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism), yang diproses pada tahap suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850 g (satu tin ESP Soy Protein Isolate Powder) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

          ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. la turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, Indeks Glisemik (G.I.) ESP Soy Protein Isolate Powder yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

          Satu hidangan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecah dengan lambat. Oleh itu, karbohidrat G.I. rendah hanya membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula yang tinggi. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

 
        Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Manfaat Utama ESP Soy Protein Isolate Powder:

Awet Muda — Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk Hormon — kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

Baik Untuk Prostat — Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan DNA sel  kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit Remaja — Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen antipenuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenagea — Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan

Membaiki Pigmentasi — Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori — meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan tindak balas rangsangan.

Perlukah kita mengambil ESP sedangkan kita banyak memakan ikan, daging dan ayam?

       Sangat Perlu. Ini kerana protein mudah musnah jika terdedah pada suhu tinggi terutama semasa menggoreng, memanggang atau pelbagai cara masakan lain.  

        Selain itu, kita perlu meminum ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee kerana protein sebenarnya adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan klemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, terbantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

        Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

           Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.

        Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). la memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Tips Minum ESP Soy Protein Isolate Powder:

           Pastikan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee tidak dibancuh dengan air panas / mendidih bagi mengelakkan protein musnah. Gunakan air sejuk berais atau sejuk biasa (suhu bilik). Lebih enak diminum jika dicampur dengan Meal Shakes atau Performance Drink. Dicadangkan untuk minum semasa perut kosong.



Tuesday 16 August 2016

EPO Evening Primerose Oil atau Gama Linolenik Asid (GLA)

EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA complex.


kebaikan Evening Primerose Oil
Evening Primerose Oil
Apa itu GLA?
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Khasiat dan faedah GLA Complex Shaklee
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Apa pentingya khasiat GLA untuk kita?

Entri kali ini saya mahu sharing mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil 


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh bacadi sini.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repairdan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah









Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...




Monday 8 August 2016

Garlic Complex


Shaklee turut mengeluarkan produk yang berasaskan bawang putih. Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak

Dihasilkan daripada bawang putih (garlic) jenis premium
Bawang putih tersebut bebas racun perosak dan ditanam secara organik
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan 100% allicin aktif kekal pada garlic tersebut
Mengandungi pelbagai vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita

Setiap 2 tablet GARLIC = 1000 mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas bawang putih segar

Apakah Kandungan Utama Dalam Garlic Complex Shaklee ?

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) 

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.

khasiat dan kebaikan Garlic Complex Shaklee :

1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

* Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, ambillah supplement garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengadungi sebatian selenium,germanium dan acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, 
sistem air kencing

Perbezaan & Keistimewaan Garlic Complex 

Pelbagai jenama ada supplement Garlic ni...tapi apa bezanya dan istimewanya Garlic dari Shaklee?

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
Pengekalan 100% Allicin aktif

Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic

Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.