Thursday 10 November 2016

Mudah Hamil Dengan Ikhtiar Terakhir Pasangan



Anak yang soleh dan solehah itu penyeri rumah tangga. Siapa yang tidak berasa sedih jika dah berbulan atau bertahun mencuba tapi masih lagi belum dapat tanda-tanda untuk hamil. Ada pasangan yang mudah hamil, tapi ramaaaiii yang kata untuk hamil tidak semuah itu.

Percayalah rezeki Allah itu amat luas dan ia telah tertulis untuk kita sejak dahulu lagi. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok, atau mungkin juga tahun depan Allah dengan kasih sayangnya menganugerahkan kita seorang anak.

Oleh sebab itu jangan lah berkecil hati saudara-saudari, dan jangan pula merasa rendah diri kerana perancangan Allah lah yang terbaik untuk kita. Allah punyai rancangan yang lebih baik untuk kita.

Asas kepada amalan dan doa yang mudah makbul adalah keikhlasan.

Doa mesti, ikhtiar pun perlu. Malah dengan doa menjadikan kita seorang hamba yang berserah diri kepada yang maha berkuasa. Sudah semestinya doa perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikhtiar. Ini antara amalan untuk Mudah Hamil secara Islam yang boleh kita amalkan.

Letakkan Niat yang baik untuk hamil
Berkemungkinan kita belum bersedia. Allah lebih tahu akan hambanya, mungkin disinilah Allah uji kita agar lebih bersedia. Mungkin juga dengan ujian ini, sebagai satu cara agar kita dapat dekat dengan Allah. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Amalan Berdoa
Ia adalah satu cara yang "direct" kita memohon pada yang maha pencipta. Bacalah doa nabi ibrahim ini apabil selesai solat. Suatu kisah didalam al-quran tentang Sarah, iaitu isteri Nabi Ibrahim adalah seorang yang mandul dan usianya juga sudah tua. Berkat doa ini, Nabi Ibrahim a.s. dianugerahi seorang anak Ishak a.s. (dari Sarah), dan Ismail a.s. (dari Hajar).

Doanya adalah ;
Ertinya :
Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. – As-Shaffat: 100

Selain dari doa Nabi Ibrahim diatas, sila lah amalkan doa dari surah al furqan.

Doanya adalah :
Ertinya :
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
– Al-Furqan: 74

Lakukan Solat Hajat
Apabila kita mengharapkan Allah untuk memakbulkan doa, tiada lah yang lebih baik dari solat memohon hajat kepada Allah. Lakukan solat ini sekerap yang mungkin. Jika mampu buatlah setiap malam. Jika tidak seminggu sekali paling-paling pun sekali sebulan.

Tuliskan diatas kertas permintaan, rancang permintaan kita dengan Allah. Doa dalam bahasa melayu akan membuatkan kita lebih rasa keikhlasannya.

Rancang doa yang baik didalam solat hajat, sebagai contoh memohon kepada Allah agar Allah menganugerahkan zuriat yag soleh. Tidak salah jika kita sekali lagi berjanji dengan Allah untuk menjaga dan mendidik anak yang bakal lahir nanti menjadi pejuang islam, yang akan mendahulukan agama lebih dari isi dunia.. dan kita berjanji dengan Allah untuk melengkapkan anak-anak ini dengan ilmu agama yang secukupnya. Mintalah apa-apa yang baik untuk anak ini moga-moga setiap doa kita di makbulkan oleh Allah yang maha kaya.

Bersedekah
Salah satu usaha yang boleh diusahakan adalah dengan memperbanyakkan sedekah. Bersedekah ini bermaksud dengan memberi makan kepada orang yang layak. Salah satu caranya adalah dengan IBADAH KORBAN. Ikut kepada kemampuan, jika anda mampu sebahagian atau seekor tiada halangan. Bukan kecil atau besar binatang korban itu yang menjadi sebab. TETAPI yang paling penting ibadah korban itu mendapat keredhaan Allah. Contohilah korban habil berbanding qabil melalui peristiwa korban yang tercatat di dalam Al-quran.

Ikhtiar Terakhir
Sebagai insan yang lemah dan berharap akan redha dan rahmat Allah, apakah ikhtiar terakhir yang kita ada? 

Orang kata, biar 90% doa, tapi usaha 10%. Dengan cara ini, kita meletakkan Allah dahulu berbanding usaha. Sememangnya tiada daya dan kekuatan melainkan dari kekuasaan Allah. 

Apabila doa kita telah first class..

Usaha atau ikhtiar juga mesti lah first class.

Dibawah ini adalah satu testimoni fresh dari seorang pengguna yang menggunakan GLA dan Vita-lea sebagai asbab beliau untuk hamil. Alhamdulillah ikuti Whatsapp Chat beliau dibawah.



Apakah GLA?
GLA adalah singkatan daripada perkataan Gamma Linolenic acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6.

Apakah Vita-Lea?
Ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.

GLA dan Vita-lea sudah berabad terbukti berkesan membantu kecantikan kulit dan kestabilan hormon. 

Ia membantu dalam menangani hal:
  • Kesuburan/ sukar hamil 
  • Simptom senggugut 
  • Mengekalkan pertumbuhan, 
  • Mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral 
  • Pembinaan tisu
  • Horman tidak stabil 
Itulah serba sedikit set kehamilan mudah yang Nadia ingin kongsikan hari ini. Apabila kita telah berdoa dan berusaha dengan pelbagai cara, tibalah saatnya kita menyerahkan diri ini sepenuhnya kepada Allah S.w.t dan mengharap rahmatnya sentiasa berada disisi kita. 

Nadia doakan semoga setiap tips yang dikongsikan ini dapat di manfaatkan oleh pembaca semua. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan mohonlah kasih sayang dari Allah semata-mata.

"Ya Allah, kurniakanlah zuriat soleh dan solehah kepada kami yang berusaha ini ya Allah. Kabulkan permintaan mereka, murahkan rezeki mereka ya Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan bantuan dan pertolongan dari Allah." Aamiin Ya Rabbal Alamiinn.

Pada rakan-rakan yang nak berusaha untuk hamil, Nadia cadangkan set kesuburan Shaklee untuk mudah hamil.  InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang Nadia ada, Nadia akan cuba memberikan nasihat dan bantuan sehingga anda berjaya hami. Amiin