Set Berpantang dan Menyusu Lengkap

Program "Breastfeeding" Terbaik untuk Ibu dan "Milkbooster" untuk Bayi.

Set Collagen Powder

Nampak Lebih Mudah Remaja - Mengurangkan Kedutan dan Liang Roma.

Sumber Tenaga dan Kalsium

Mengubati Migraine dan Membekalkan Tenaga untuk Program Kurus yang Mudah.

Ramai Telah HAMIL Dengan Shaklee

Ingin Cepat Hamil? Sertai Program Kesuburan Shaklee Selamat dan Natural.

Vitamin C Terbaik

Anti oksidan semulajadi untuk tubuh penting untuk tulang, gusi dan gigi.

Monday 3 October 2016

DTX Complex


Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."

*Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal*

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin –kaya dengan bahan antioksida
    • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
    • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis 
    • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol 
    • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang 
    • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
    • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
    • Mengurangkan masalah bronchitis, sinustitis 
    • Merawat sindrom keletihan yang kronik Membantu mencegah penyakit jantung
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jondis 
    • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang 
    • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
    • Melawan tumor dan kanser 
    • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
    • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
    • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
    • Membina semula sel-sel hati 
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada mata

Lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerosakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahawa lingkaran hitam di sekitar mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah satu tanda bahawa seseorang mengidap penyakit hati.


Mata berwarna kuning

Mata yang berwarna putih akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar kita harus segera melakukan pemeriksaan perubatan.





Perut menjadi buncit

Perut yang membesar tetapi tidak mencerna banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Sebabnya perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerosakan di hati.


Bau mulut yang menyengat

Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkait dengan faktor kelebihan ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Kesihatan bukan untuk diabaikan. Jika anda ada tanda-tanda di atas segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakit anda. Selain ubat dari doktor, kita boleh berikhtiar dengan DTX Complex. 






Saturday 1 October 2016

CarotoMax Shaklee




CarotoMax sangat sinonim dengan vitamin A. Sebab itu ia digelar vitamin mata kerana ia sangat terkenal untuk masalah rabun. Ini kerana CarotoMax mengandungi campuran fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

Apakah karotenoid? 
Ia adalah pigmen yang membentuk warna pada sayur-sayuran seperti warna oren pada lobak dan tomato. Karotenoid adalah sumber vitamin A terbaik. Ia sangat penting untuk melindungi sel daripada radikal bebas, menguatkan sistem imunisasi tubuh dan membetulkan fungsi organ tubuh.


Apakah CarotoMax Shaklee? Apa yang ada dalam setiap kapsul CarotoMax Shaklee? 
CarotoMax shaklee adalah hasil gabungan 6 jenis karotena yang diekstrak dari sayuran dan buah-buahan yang tinggi sifat antioksidan seperti biji anggur, brokoli, tomato, rumpai laut, kentang dan minyak sawit.






Satu kapsul CarotoMax juga membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semulajadi yang sangat bagus untuk kesihatan. Dalam setiap kapsul CarotoMax Shaklee ini kita akan mendapat semua khasiat 6 varieti karotena yang memberikan kebaikan karotenoid yang lengkap yang sukat untuk didapati daripada diet harian. 



Alpha Carotene – untuk penglihatan malam, menjaga kesihatan mata, menghalang degeneragi penglihatan 

Beta Carotene – memperbaiki kulit, mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat. 

Astaxanthin – pigmen di dalam alga & fitoplankton yang memberikan warna pink pada ikan salmon, tetapi Shaklee telah menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang tulen dan poten. Ia membantu melindungi oksidasi kolesterol LDL. 

Lycopene – bersifat antioksida, menghalang penuaan organ, mengurangkan penyakit kelenjar prostat, untuk kesihatan serviks, jantung dan menguatkan sistem imun. 

Lutien – menyekat katarak, glaucoma, AMD (penyakit macular berkaitan umur) 

Zeaxanthin – melindungi mata, menurah cahaya gelombang biru pendek berbahaya, mengurangkan risiko kanser ovai & payudara termasuk endometrial & serviks.



7 kebaikan CarotoMax Shaklee untuk anda : 

CarotoMax lebih selamat daripada Vitamin A 
Kenapa? Pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menyebabkan toksisiti. Ahli saintis telah menemui beta karotena pada tahun 1932. Satu prekursor Vitamin A dan beta karotena didapati selamat pengambilannya. 

CarotoMax membantu mempertingkatkan penglihatan 
Ia akan menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ia juga mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophtalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bag dan gegelung hitam mata. 

CarotoMax juga menggalakkan perkembangan normal dan sihat 
Ia membantu merangsang perkembangan kanak-kanak & remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kuku, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem teproduksi serta membantu dalam penghasilan sperma yang sihat. 

CarotoMax melindungi Epithelia
Ia memelihara lapisan luar korna,rongga oral,usus,perut,paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semsa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus. 

CarotoMax meredakan penyakit kulit 
Pengambilan yang konsisten dan banyak akan melegakan masalah kulit seperti psorisis ,senile palgue ,kulit kering,kulit gugur ,jerawat dan akne. Penggunaan luaran boleh membantu merawat pustule,scabies,akne dan ulser kulit. 

CarotoMax menghalang Infeksi 
Ia merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit respiratori paru-paru, batu, hepatitis, ashtma, flu dan selsema. 

CarotoMax melawan kanser dan oksidasi 
Pengambilan beta karotena mampu mengukuhkan sisitem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia megurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mat yang teroksida.





Secara ringkas CarotoMax sangat baik untuk kesihatan termasuk: 
Kesihatan retina mata – membantu mengurangkan rabun
Kesihatan tisu kulit
Kesihatan sel darah putih dan merah
Kesihatan tulang
Membantu dalam pemebntukan membran mukus
Meningkakan sistem imunisasi badan


Siapa perlukan CarotoMax ini? 
Lelaki dan perempuan
Mereka yang ada masalah mata seperti rabun dan silau
Mereka yang kurang makan sayur dan buah. Vitamin untuk mata kebanyakan dari buah-buahan
Mereka yang ada masalah kulit
Mereka yang masalah katarak dan Gluacoma
Mereka yang masalah eyebag atau mata bengkak


Apa kata mereka yang menggunakan CarotoMax Shaklee #ShakleeEffect

TESTIMONI PRODUK






Wednesday 21 September 2016

Collagen Powder



APA ITU KOLAGEN?
  • Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, peut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen penting dalam kesihatan dan kecantikan dengan mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menjaga kesihatan badan.

TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH - Sumber Kolagen Terbaik
  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, adalah mustahil bagi ikan biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds, bertelur dan hisup dengan bebas di dalam lautan dalam - menjadikan ia sumber kolagen terbaik (mengekalkan kelembapan kulit)  dan elastik (mengekalkan keanjalan kulit - boleh melantun apabila dicubit).
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi.
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah - menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.

SHAKLEE Collagen Powder mengandungi 7 ramuan aktif bagi meningkatkan keberkesanan!
  1. Keanjalan - menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Ekstrak Kulit kerangan laut - Mengandungi glukosamine, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.

     2.  Penghidaratan - menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon juga membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan tenaga dan prestasi. 

     3.  Antioksidan - bekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas
  • Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.




Chewable Vita-C Plus


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


[ROSE HIPS: ‘NATURAL REMEDY’ KEPADA MASALAH KULIT DAN PENUAAN]

Rose Hips telah digunakan oleh orang di Amerika Selatan untuk mengekalkan kulit sihat dan melambatkan penuaan sejak berabad yg lama dulu.

Rose hips adalah buah pada bunga mawar belukar liar yang diperolehi setelah semua kelopaknya gugur.

Ia membantu menggalakkan kitaran pemulihan semula jadi kulit dan membantu penghasilan kolagen yang elastin.

Rose Hips juga mengandungi Bioflavanoids yang mengekalkan kapilari sihat di seluruh badan. Dengan manfaat Bioflavanoids, Rose Hips adalah tambahan yang baik untuk diet, kecantikan dan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

[Dapatkan Chewable Vita-C Plus Shaklee sekarang! Ia diperkaya dgn sumber ROSE HIPS dan BIOFLAVONOIDS]

Read more http://www.celikvitamin.com/produk-shaklee/chewable-vita-c-plus-100mg/



B-Complex


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:


  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;



  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?


  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?


  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?


  • Ibu yang menyusukan (Rujuk: Set breastfeeding Shaklee)
  • Ibu yang hamil (Rujuk: Set Kehamilan Shaklee)
  • Ibu yang sedang berpantang (Rujuk: Set Berpantang Shaklee)
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat (Rujuk: Set Kecantikan Kulit Shaklee)
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak (Rujuk: Set Kesuburan Shaklee)
  • Mereka yang mengalami masalah migrain (Rujuk: Set Migrain Shaklee)
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema (Rujuk: Set Alahan)
  • Mereka yang mengalami masalah rambut (Rujuk: Set Rambut Shaklee)
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol (Rujuk: Set Kolestrol Shaklee)





Alfalfa

Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. 

Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. 

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama : 


  • Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 


  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan. 


  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 


  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. 


  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 


  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.


  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan 


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee :


  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang. 
  • Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi kelegaan semasa period. 
  • Membantu Merawat arthitis 
  • Membantu Merawat athma 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Membantu membuang angin dalam badan 
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Membantu masalah keputihan pada wanita. 
  • Membesar dan menegangkan payudara. 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri. 
  • Memulihkan urat selepas bersalin. 
  • Milk booster 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina lelaki 
  • Membantu Melegakan masalah sembelit


Monday 19 September 2016

Diet Untuk Kehamilan Yang Sihat


Assalamualaikum...

Semasa melayari internet sebentar tadi, Nadia terjumpa artikel yang bagus tentang kehamilan. So, Nadia nak kongsikan inti pati kandungan artikel tersebut disini supaya ilmu yang Nadia perolehi ni dapat di sebarkan pada semua ibu-ibu yang mengandung sekarang ni InshaaAllah.

Kenapa ibu perlu vitamin yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan? Ikuti artikel yang di susun oleh Nadia ni ya..

Secara ringkasnya, artikel tersebut membincangkan mengenai pemakanan ketika hamil bermula dari trimester pertama sehingga trimester ketiga.

Antara kandungan arikel tersebut ialah :

1) Wanita hamil sangat perlu mengamalkan pemakanan secara sihat. Ia  demi kebaikkan kedua-duanya, si ibu serta bayi dalam kandungan. Setiap hari wanita hamil perlu makan makanan daripada empat kumpulan makanan iaitu buah-buahan dan sayuran, makanan berkanji, makanan kaya protin serta produk tenusu. Setiap kumpulan makanan ini memberi nutrisi dan zat yang berlainan.

2) Perlu diingatkan, wanita hamil tidak memerlukan kalori tambahan untuk enam bulan pertama. Jadi, ibu hanya perlu makan seperti biasa. Bagi tiga bulan terakhir, wanita hamil memerlukan kira-kira 200 kalori tambahan setiap hari. Jika ibu mengalami pedih ulu hati di akhir kehamilan, amalkan makan dalam kuantiti sedikit tapi secara kerap.
Siapa lagi bam bam? abang ke adik?

3) Wanita hamil memerlukan vitamin dan mineral tambahan antenatal sebagai satu jaminan untuk memenuhi keperluan nutrien badan. Wanita hamil disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini. Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.

4) Sepanjang kehamilan, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan. Ini untuk kebaikkan bayi anda. Antaranya :
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  • Daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
5) Wanita hamil tidak boleh berdiet. Ini kerana, ia mungkin berbahaya kepada si ibu dan bayi. Dengan diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin serta mineral yang penting. Pertambahan berat badan semasa hamil adalah perkara  biasa. Just rilex, and enjoy the moment..


Namun begitu, jika berat badan anda naik secara mendadak dan berlebihan, sila ubahsuai diet serta lakukan senaman. Apapun mintalah nasihat doktor yang pakar.

So, itu antara point-point penting dalam artikel tersebut. Nadia harap perkongsian info ini bermanfaat kepada semua.

Bagaimana Set Hamil Shaklee boleh membantu?

Set kehamilan Shaklee merupakan set kehamilan paling lengkap yang berada dipasaran. Pengambilan set ini secara konsisten dapat membekalkan nutrisi serta zat yang secukupnya dan memberikan kesan yang baik kepada si ibu dan anak dalam kandungan. Antara kandungan dalam set kehamilan ialah seperti berikut:

1. Energizing Soy Protein (ESP)
2. Vita-lea
3. Vita-C
4. B-Complex
5. Ostematrix
6. Omega guard (diambil pada trimester keduan dan ketiga)


Jadi, kepada ibu hamil diluar sana yang ingin bertanya lanjut mengenai set kehamilan Shaklee boleh lah hubungi / whatsapp Nadia (016-2770353). Nadia akan terangkan secara terperinci mengenai set ini serta cara pengambilannya bagi mendapatkan kesan yang terbaik.